>
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Jangan Lupa Yer...Klik2 Di Saya Punya Banner HEARTBEAT ok...Thanks. (Click My HEARTBEAT Banner).

HEARTBEAT !!! Dapat Duit Macam NUFFNANG.

HEARTBEAT??

Apa tu?? Produk kecantikan kah?? Produk Pelangsingan kah??
Ooooo rupa2nya HEARTBEART adalah satu sistem yang lebih kurang macam NUFFNANG juga..
Boleh dapat duit jugak kalau orang click2 atau register melalui blog kita.
Sekali click dapat lah RM 0.04....hehe nampak jer sikit..tapi kalau ramai2 click banyak gak tu hasil.
Pastu kalau org yg succesful registered selepas klik2 kat HEARTBEAT dalam blog kita..dapat pula RM2..

Ok lah sesangat kan...bukannya susah pun..Just Copy Paste jer code yang diberi tu ke dalam blog masing2..

Apa lagi?? Jom jadi follower ikelipkelip.blogspot.com daftar sekarang...

Tak rugi pun...seminggu sekali check tengok2 ader duit..

Sapa tak suka kan??


Ok...cam mana nak daftar tu?? Alaaaa..easy jer pun..hehe..



Nak Daftar klik pada Banner diatas!

Saya daftar HEARTBEAT ni melalui blog IbuAyahDamia, pada...27/01/2011....Kalau nak lebih maklumat mengenai HEARTBEAT ni...bolehlah singgah blog mereka yer..

Peringatan:
Dengan mendaftar HEARTBEAT ni, ia langsung tidak akan menjejaskan status GLITERRI dalan akaun NUFFNANG anda.. Saya dah registered!! Anda bila lagi??

Nak Duit Tanpa Trafik; Klik Sini : )

Nak Duit Tanpa Trafik; Klik Sini : )
Klik Banner diatas.

Monday, April 11, 2011

Disebabkan "BORING" Minggu Lepas, Pergi Mancing Jer Kat Empangan Muda, Sik, Kedah.










Tempatnya memang menarik, masih kaya dengan Flora dan Fauna.  Tetapi bagi pemancing macam saya ni, memang agak terkilan le sikit.  Memang tak ada ikan yang menjamah umpan-umpan yang dibawa.  Masa singgah disebuah pulau yang ada disitu, ada le bersembang dengan sorang pakcik, katanya dulu memang banyak ikan tetapi dek kerakusan sesetengah pihak, penggunaan pukat cukup banyak sehingga terdapat spesis ikan yang telah pupus.  Agak mengecewakan tapi terpesona dengan keindahan alam yang kebanyakannya masih terpelihara dengan baik.

Sunday, April 10, 2011

Di Taman Kecilku; Bunga Bakawali Kembangnya Malam.


Bunga Bakawali, a myth.

The plant goes by many names; bunga bakawali in malaysia, wijaya kusuma in indonesia, Queen of the night, Night-blooming Cereus, Dutchman's Pipe, Gul-e-Bakavali  in Hindi, Kadupul in Sinhala. Bunga Bakawali is in fact a cactus. 

Misteri Bunga Bakawali

Pokok Bunga Bakawali dikenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang.
Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.
Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.