>
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Jangan Lupa Yer...Klik2 Di Saya Punya Banner HEARTBEAT ok...Thanks. (Click My HEARTBEAT Banner).

HEARTBEAT !!! Dapat Duit Macam NUFFNANG.

HEARTBEAT??

Apa tu?? Produk kecantikan kah?? Produk Pelangsingan kah??
Ooooo rupa2nya HEARTBEART adalah satu sistem yang lebih kurang macam NUFFNANG juga..
Boleh dapat duit jugak kalau orang click2 atau register melalui blog kita.
Sekali click dapat lah RM 0.04....hehe nampak jer sikit..tapi kalau ramai2 click banyak gak tu hasil.
Pastu kalau org yg succesful registered selepas klik2 kat HEARTBEAT dalam blog kita..dapat pula RM2..

Ok lah sesangat kan...bukannya susah pun..Just Copy Paste jer code yang diberi tu ke dalam blog masing2..

Apa lagi?? Jom jadi follower ikelipkelip.blogspot.com daftar sekarang...

Tak rugi pun...seminggu sekali check tengok2 ader duit..

Sapa tak suka kan??


Ok...cam mana nak daftar tu?? Alaaaa..easy jer pun..hehe..



Nak Daftar klik pada Banner diatas!

Saya daftar HEARTBEAT ni melalui blog IbuAyahDamia, pada...27/01/2011....Kalau nak lebih maklumat mengenai HEARTBEAT ni...bolehlah singgah blog mereka yer..

Peringatan:
Dengan mendaftar HEARTBEAT ni, ia langsung tidak akan menjejaskan status GLITERRI dalan akaun NUFFNANG anda.. Saya dah registered!! Anda bila lagi??

Nak Duit Tanpa Trafik; Klik Sini : )

Nak Duit Tanpa Trafik; Klik Sini : )
Klik Banner diatas.

Thursday, January 27, 2011

Santai sekejap, Kadang-kadang Teringin juga nak ke sana! ;) (Dikatakan antara 10 tempat menarik di dunia). ;p

Canadian Rockies, Canada

Cape Town, South Africa

The Pyramids, Egypt

The Grand Canyon, United States

The Great Barrier Reef, Australia

Great Wall of China, China

Lake Saiful Muluk – Pakistan

 Taj Mahal, India

 The Iguazu Waterfalls, Argentina-Brazil Border

Machu Picchu, Peru

Petra, Jordan

Tuesday, January 25, 2011

Kena Lawak Le Lagi Sekejap ;p

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri. ...
Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama...


Lawak Sekejap ;p

Ceritanya begini, Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh
dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat
agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: Pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."

Kenali Radio Amatur

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?

Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur

(dipetik dari risalah MCMC)Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.Adakah saya perlu membayar yuran?Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Untuk Fonetik Abjad, Rujuk: